October 1, 2023
Sirah & Kisah UMUM

15 Hari Mencari Kayu Api

Ada seorang lelaki Ansar menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta sesuatu. Nabi pun bertanya, “Apakah di rumah kamu tidak ada apa-apa?”

Lelaki itu menjawab jujur, “Ada.”

Di rumahnya hanya ada dua item iaitu:

  1. Dua helai kain; satu dipakai sebagai pakaian, manakala lagi sehelai dijadikan alas duduk.
  2. Cawan untuk minum air.

Rasulullah kemudian menyarankan, “Kalau begitu, bawalah kedua-dua barang itu kepadaku.”

Lelaki itu patuh.

Sebaik sahaja mendapat kedua-dua item tersebut, Nabi mula melelong barang milik lelaki tersebut, “Siapa yang mahu membeli barang ini?”

Salah seorang sahabat berminat, “Saya mahu membelinya dengan harga satu dirham.”

Rasulullah bertanya lagi, “Ada yang mahu membelinya dengan harga lebih tinggi?” Baginda menawarkan harga sehingga dua atau tiga kali.

Tiba-tiba salah seorang sahabat Baginda menyahut, “Aku mahu membelinya dengan harga dua dirham.”

Rasulullah setuju. Dua item itu diserahkan kepada pemilik baharu, manakala dirham itu diberikan kepada lelaki Ansar tersebut. Baginda kemudian mengarahkan, “Belilah makanan dengan nilai satu dirham dengan wang ini dan berikanlah kepada keluargamu. Bakinya wang, belilah sebuah kapak dengan satu dirham. Bawa kapak itu kepadaku!”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?