Malas itu bagus. Rasa malas untuk melayan gerak kerja yang panjang dan rumit menyebabkan manusia mencipta pelbagai jenis teknik yang lebih bersifat short cut.
Rasa malas untuk membuat sesuatu tugasan secara berulang, manusia mereka bentuk bermacam jenis sistem agar teknologi memudahkan proses kerja.
Rasa malas untuk mengulang terang gerak kerja sesebuah tugasan, manusia sanggup bersengkang mata menyusun pelbagai senarai SOP (Standard Operating Procedure) untuk rujukan pihak yang terlibat.
Mudah kata, malas yang bagus adalah malas yang mendorong daya kreativiti dan produktiviti seseorang.
Ada juga malas yang sebenarnya bukan malas. Ia hanyalah tingkah laku yang disalah erti sebagai malas. Kebiasannya ini berlaku ke atas individu yang mengalami masalah pembelajaran atau sensori, tetapi tidak disedari atau tidak dikenal pasti oleh keluarga, guru, rakan ataupun orang awam.
Tetapi, untuk artikel kali ini, yang ingin kita sentuh bukanlah berkenaan malas yang bagus atau yang disalah erti itu. Kita mahu berbicara tentang anak tipikal (normal) yang malasnya malas Melayu, yang menjadikan dia corot. Malas yang menghambat anak kita daripada dapat memaksimumkan tenaga akal dan fizikal.
MALAS BUKAN FITRAH
Asasnya, fitrah anak semuanya sama. Mudah teruja, mempunyai daya ingin tahu yang tinggi, mahu mencuba semua perkara tanpa rasa takut dan tidak kenal erti jemu. Ada sahaja kerjanya atau istilah mudah, “Anak kita semuanya bijak dan rajin!”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.