September 18, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

3 Asas Pendidikan: Jantina & Gender

“Mama… dia perempuan ke lelaki?” tanya saya sambil anak mata mengekori susuk tubuh itu.

“Kenapa muka dia macam lelaki?”

“Eh, suara dia macam suara lelaki la! Tapi dia pakai lipstik? Kenapa dia pakai skirt?”

Saya dan adik perempuan tanpa rasa bersalah menoleh ke arah lelaki-perempuan itu. Kami ketawa. Entah kenapa kami ketawa. Mungkin keliru. Mungkin terasa pelik. Fitrahnya, seperti ada yang tidak kena. Begitulah.

Bukan sekali kami bertemu dengan dia. Banyak kali. Berkali-kali juga mama menegur kami untuk tidak melihat si dia. Setiap kali itu jugalah sengatan jari-jemari mama hinggap di tangan atau kaki kami.

Masyarakat Bermula dengan Anak Kita

Apabila mengimbau memori, teringat pula zaman sekolah menengah lebih 25 tahun lalu. Perempuan sesama perempuan yang mengaku sedang bercinta antara satu sama lain, manakala zaman kolej ada kawan-kawan yang terdiri daripada kelompok mak nyah. Hati tertanya-tanya, “Apa yang lompong sebenarnya?”

Antara perkara penting yang perlu diajar kepada anak-anak agar mereka tidak terperangkap dalam kekacauan pemikiran dan kepercayaan berkaitan jantina dan gender ialah:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?