Kunci ketenangan adalah apabila kita dan pasangan serta anak-anak kita saling menghormati antara satu sama lain. Manakala kunci kepada sikap saling menghormati pula bergantung kepada sebanyak mana rahmat Allah yang kita undang masuk ke dalam rumah tangga kita.
Ah, memang sukar untuk membuat orang lain menghormati dan bersetuju dengan apa yang kita percaya termasuklah juga pasangan dan anak kita! Anak memiliki dunia imaginasi mereka sendiri. Begitu juga dengan pasangan kita. Dia juga ada dunia dan pengalaman yang berbeza dengan kita.
Oleh itu, tidak menghairankan sekiranya dalam sesebuah keluarga itu memiliki pelbagai ragam manusia.
Persoalan yang Kerap Berlaku
Sungguhpun begitu, walaupun kita sudah mengetahui perkara ini, kita masih lagi tidak berupaya untuk bersikap lapang dada apabila menghadapi konflik. Kita tetap terikat dengan persoalan seperti:
“Kenapalah susah sangat dia nak faham?”
Akhirnya, kita kecewa, berasa tercabar dan terancam. Kemudian akan terjerumus dengan perbuatan yang Allah s.w.t. larang sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 11 dan 12.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.