May 30, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

3 Jenis Darah Wanita: 2 Normal, 1 Tak Normal

Wanita merupakan makhluk Allah yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Allah menjadikannya mempunyai darah haid pada setiap bulan dan juga selepas melahirkan anak (darah nifas). Kadang-kadang Allah menguji mereka dengan darah istihadah.

Ini bermakna wanita secara ghalibnya atau secara fitrahnya akan mengalami dua jenis darah iaitu darah haid dan darah nifas. Manakala darah ketiga yang dialami oleh sebahagian wanita adalah darah istihadah.

Tahukah anda apa perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah?

Beza Haid, Nifas dan Istihadah

Haid

  1. Darah haid adalah darah tabii yang keluar daripada rahim wanita ketika sihat badannya dalam tempoh tertentu.
  2. Jadi, darah haid ini walaupun orang Melayu kadang-kadang memanggilnya darah penyakit, tetapi darah haid keluar daripada rahim bukanlah disebabkan adanya penyakit tertentu dalam rahim wanita.
  3. Walaupun ada kes wanita yang tidak alami haid, tetapi ia sangat jarang berlaku.
  4. Darah haid akan keluar untuk tempoh tertentu buat pertama kali apabila sampai ketikanya yang disebut oleh para ulama sebagai waktu kemungkinan haid.
  5. Keluarnya haid ini adalah penanda aras kepada umur baligh bagi kanak-kanak perempuan.

Nifas

  1. Sementara darah nifas pula adalah darah yang juga keluar daripada rahim wanita tetapi ia berlaku selepas wanita melahirkan anak.
  2. Ini bermakna, darah yang keluar sebelum atau semasa melahirkan anak bukanlah darah nifas.
  3. Darah nifas ini juga tiada kaitan dengan sebarang penyakit dalam badan wanita.
  4. Ia merupakan satu fitrah yang Allah tetapkan bagi wanita yang melahirkan anak.
  5. Meskipun tidak dinafikan ada wanita yang tiada darah nifas selepas melahirkan anak tetapi ia sangat jarang berlaku.

Istihadah

Darah istihadah pula adalah darah yang keluar selain daripada waktu haid dan waktu nifas.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?