October 1, 2023
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

3 Jenis Tempoh Haid

Apabila kita bercakap tentang tempoh haid, terdapat tiga tempoh sebenarnya iaitu tempoh minimum, tempoh maksimum dan tempoh kebiasaan. Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempoh minimum dan maksimum haid.

Berdasarkan pandangan mazhab al-Syafi‘i, tempoh minimum, maksimum dan kebiasaan haid adalah seperti berikut:

  1. Tempoh Minimum Haid

Apa-apa darah yang keluar daripada rahim seorang wanita tidak akan dinamakan sebagai haid melainkan jika ia telah mencapai tempoh 24 jam atau sehari semalam.

Contohnya, Fatimah melihat darah keluar bermula daripada pukul 12 tengah hari pada 1 Februari hinggalah pukul 12 tengah hari 2 Februari. Dengan itu, sudah mencukupi 24 jam.

Tarikh dan waktu keluar darah amat penting diambil cakna oleh wanita dan kita mesti membuat catatan secara terperinci termasuk warna darah, bau dan kuantitinya.

  1. Tempoh Maksimum Haid

Darah yang keluar itu juga hendaklah tidak melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malam.

Contohnya, Aminah melihat darah keluar bermula pukul 1 petang pada 1 Mac. Dalam tempoh 15 hari darah keluar secara berterusan. Oleh itu, tempoh 15 hari 15 malam itu akan cukup pada pukul 1 petang, 16 Mac. Jika ada darah yang melebihi tempoh tersebut, maka Aminah dikira sudah mengalami istihadah.

Apabila melibatkan kes istihadah, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memutuskan bahawa 15 hari pertama adalah haid dan selebihnya adalah darah istihadah. Ini kerana ada cara khas untuk menentukan darah yang keluar itu yang mana satu haid dan yang mana satu istihadah. Hal ini akan dibincangkan dalam siri lain.

  1. Tempoh Kebiasaan

Menurut Imam al-Syafi‘i, tempoh kebiasaan bagi kebanyakan wanita adalah antara 6 atau 7 hari. Ini berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat terhadap wanita-wanita yang mengalami haid pada zamannya.

Berdasarkan apa yang telah diputuskan oleh mazhab al-Syafi‘i, jelas bahawa sesuatu darah itu mesti tidak kurang daripada 24 jam dan mesti tidak melebihi 15 hari 15 malam untuk dikategorikan sebagai haid.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?