Zaman ini tidak lekang umat Islam berbicara tentang tanda-tanda kiamat. Acap kali apabila sesuatu fenomena berlaku, ramai mengaitkannya dengan tanda-tanda kiamat yang disebut dalam al-Quran atau hadis Rasulullah. Tidak kurang juga yang skeptikal, lalu menolak sebarang kaitan fenomena dengan tanda-tanda tersebut.
Bahkan ada yang lebih parah, langsung tidak percaya tentang kewujudan tanda-tanda kiamat. Hakikatnya, keimanan terhadap wujudnya tanda-tanda kiamat adalah suatu tuntutan iman yang sabit dengan nas.
Dalam usaha memperhalusi tanda-tanda kiamat ini, para ulama telah memperincikannya mengikut pelbagai jenis pembahagian:
- Mengikut jenis: Tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat.
- Menurut kronologi kejadiannya (pembahagian oleh Abu al-‘Aun al-Safarini) seperti berikut:
A. Tanda Kiamat yang Telah Berlaku
Para ulama telah menyenaraikan beberapa tanda kiamat yang telah berlaku. Contohnya:
1. Perutusan Rasulullah dan kewafatan Baginda
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.