Dalam keluaran lepas sudah dijelaskan tentang maksud naqa’ iaitu satu keadaan apabila seseorang wanita itu tiada darah baik di luar atau di dalam faraj. Ini bermakna wanita tersebut dalam keadaan suci.
Dalam perbincangan berkenaan darah wanita, ada 4 jenis naqa’ sebagaimana dalam rajah berikut:
- Naqa’ yang disifatkan sebagai haid hukmi
Ia merujuk kepada naqa’ yang berlaku di celah-celah hari haid apabila jumlah keseluruhan hari yang keluar darah dan hari naqa’ tidak melebihi 15 hari 15 malam. Contohnya:
5 hari darah merah | 5 hari naqa’ | 5 hari darah coklat |
Kesemuanya haid termasuk hari-hari naqa’ |
Mengikut qawl al-sahbi yang merupakan pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi‘i, hari-hari naqa’ tersebut juga dikira hari-hari haid dari segi hukum.
- Naqa’ dalam bab 7 jenis istihadah
Ia merujuk kepada naqa’ yang berlaku antara celah-celah hari keluar darah dan darah pada hari ke-15 bersambung dengan hari ke-16. Contohnya:
5 hari darah merah | 5 hari naqa’ | 10 hari darah merah |
Tertakluk kepada kaedah dalam bab 7 jenis istihadah |
Untuk menentukan mana satu darah haid dan mana satu darah istihadhah, ada kaedah khusus yang akan dibincangkan dalam bab istihadah nanti.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now