Anda seorang pengembara? Sering bermusafir ke sana sini? Jadi, mengapa tidak perjalanan itu kita niatkan sebagai ibadah bagi mencontohi Rasulullah? Mari saya kongsikan tujuh sunnah mudah melalui bebenang ini… #sunnahtravel
1. Berteman atau Berkonvoi
Rasulullah s.a.w. berpesan: “Kalaulah manusia tahu apa yang aku tahu apabila berseorangan, pasti tiada sesiapa pun yang akan menunggang pada waktu malam seorang diri.” (Riwayat al-Bukhari)
2. Berdoa
Nabi berpesan: “Sesiapa yang hendak bermusafir, katakanlah kepada orang yang ditinggalkan:
‘Aku titipkan kamu kepada Allah yang tidak akan hilang barangan yang dititipkan kepada-Nya.’” (Riwayat Ahmad)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.