September 18, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Ada Apa dengan Israk?

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah salah satu mukjizat kurniaan Allah s.w.t. kepada Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Ia bukan setakat tidak pernah dialami oleh manusia lain, malahan dalam kalangan para rasul pilihan, hanya Rasulullah seorang sahaja yang terpilih untuk melaluinya!

Dalam peristiwa ini, Baginda s.a.w. telah terpilih untuk diperlihatkan peristiwa-peristiwa daripada alam ghaib. Kemuncaknya, Baginda dipilih untuk menghadap Allah Azzawajalla tanpa sebarang perantaraan mahupun hijab.

 

Mukjizat Pengubat Luka

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada saat Rasulullah s.a.w. baru sahaja menghadapi beberapa ujian terpahit dalam kembara dakwah Baginda. Baginda kehilangan dua tonggak utama yang selama ini mendokong perjuangannya sebagai seorang dai.

Musyrikin Quraisy pula bukan mahu bersimpati dengan kehilangan tersebut, malah Baginda diperlakukan lebih teruk daripada sebelumnya.

Menurut sebahagian ulama, peristiwa ini juga berlaku selepas hijrah Baginda bersama Zaid bin Harithah ke Taif. Salah satu episod paling getir dalam lembaran sirah, sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda s.a.w. sendiri.

Saat itu, Allah s.w.t. mengurniakan kepada Baginda peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam peristiwa ini, ada mesej yang ingin disampaikan kepada Baginda. Walaupun Baginda sudah kehilangan perlindungan seorang bapa saudara, perlindungan Allah s.w.t. akan sentiasa bersama Baginda.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?