Rasulullah s.a.w. mula dibawa oleh malaikat Jibrail a.s. untuk merentas tujuh petala langit menuju ke Sidratulmuntaha. Ketika Jibrail meminta kepada malaikat pengawal agar pintu dibuka, malaikat pengawal bertanya:
“Siapakah kamu?”
Setelah memperkenalkan diri sebagai Jibrail, soalan lain pula menyusul, “Siapakah yang bersama-sama kamu?”
“Muhammad.”
“Adakah dia telah diutus?”
“Ya.” (Riwayat Muslim)
Betapa amanahnya malaikat pengawal langit menjalankan perintah Allah. Biarpun yang datang meminta izin masuk adalah penghulu segala malaikat dan yang dibawa bersama-samanya pula penghulu segala rasul, prosedur serta peraturan untuk memasuki pintu langit tetap dipatuhi.
Jauh berbeza dengan kita sebagai penduduk bumi ini. Bagi yang terkenal, mempunyai kelebihan, jawatan atau paling kurang “kenal” dengan “orang tertentu”, selalunya mudahlah untuk melangkau prosedur dan peraturan. Bagi yang biasa-biasa, terpaksalah bersabar untuk menempuh segala kerenah birokrasi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.