June 10, 2023
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Adab Bekerja Menjadi Ibadah

Untuk menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan itu dinilai sebagai ibadah, tidak kiralah sebagai seorang petani atau pegawai, peniaga atau pengusaha, buruh atau majikan perlu memenuhi sekurang-kurangnya LIMA adab:

  1. Niat mesti betul.
  • Niat utama mestilah kerana Allah SWT.
  • Disusuli niat yang lain seperti untuk memenuhi tujuan, sasaran dan matlamat bekerja.
  1. Memastikan jenis pekerjaan tidak dilarang dalam Islam.
  2. Pelaksanaan kerja mesti patuh syariah.
  • Berniaga dengan modal yang halal.
  • Bertani bukan di atas tanah yang dicerobohi.
  • Mengambil upah atau makan gaji secara tidak menipu atau mencuri masa.
  • Tidak menzalimi pekerja.
  • Membayar upah yang sewajarnya.
  1. Hasil kerja mesti menepati syariat Islam.
  • Hasil pendapatan dibelanjakan untuk keperluan ahli keluarga.
  • Jika ada lebihan, didermakan kepada fakir miskin dan anak yatim.
  • Menabung untuk kegunaan masa kecemasan atau untuk tujuan ibadah haji.
  1. Tidak meninggalkan tuntutan yang wajib ketika bekerja.
  • Tidak mengabaikan perkara asas dalam ajaran Islam seperti ibdah wajib.
  • Tidak boleh mengabaikan tuntutan syariat batin seperti berakhlak mulia.

 

Sumber: Ensiklopedia Adab, Dato’ Hj. Muhammad Zakaria.

Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau berkelulusan University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau telah menghasilkan 27 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 400 tajuk di bawah beberapa penerbit, Hasil terbesar beliau ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1 juta naskhah. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau ialah Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) dan Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh. Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd dan kolumnis beberapa buah majalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?