Sejak kebelakangan ini, masyarakat majmuk kita di Malaysia sedikit tegang disebabkan pelbagai isu. Hal ini memerlukan kita menghayati kembali adab-adab hidup bermasyarakat khususnya yang melibatkan pelbagai kaum, etnik dan keturunan.
Senario ini dirumitkan lagi dengan perkembangan yang melibatkan perubahan struktur organisasi politik, ditambah pula dengan tekanan ekonomi yang melanda dunia dan negara kita.
Tatkala fikiran kita diselubungi jerebu yang menyesakkan apabila memikirkan hal keluarga dan umat Islam, kita perlu merujuk kembali kepada al-Quran yang menjadi dustur hidup kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allh ialah Islam. (Surah Ali ‘Imran 3: 19)
Adab Hidup Berbilang Kaum
Sebenarnya, Islam telah menyuruh umatnya untuk berbuat baik bukan sahaja kepada sesama Muslim dan non Muslim. Mereka juga mempunyai hak tertentu yang mesti dijaga dan dilindungi selagi mana mereka tidak menimbulkan permusuhan terhadap agama dan umat Islam.
Allah s.w.t. menjelaskan:
Dan jika Tuhanmu kehendaki, pasti berimanlah semua manuai yang ada di bumi. Maka apakah engkau hendak mereka menjadi orang yang beriman? (Surah Yunus 10: 99)
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa hubungan antara etnik amat penting serta sepatutnya menjadi amalan bagi masyarakat yang berbilang bangsa dan etnik seperti Malaysia.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now