June 10, 2023
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Adab Waktu Duha

Waktu Duha merupakan waktu selepas naik matahari sehingga masuk waktu zuhur. Ia bermula kira-kira 40 minit selepas terbit matahari atau kira-kira jam 8.00 pagi. Waktu itu disunatkan mengerjakan solat sunat Duha sekurang-kurangnya dua atau empat rakaat hingga 12 rakaat.

Namun, kebiasaan orang sekarang mengisi waktu pada pukul 10.00 pagi dengan minum waktu rehat yang dinamakan tea time, coffee break atau take five. Bagi umat Islam, tidak ada istilah tersebut. Waktu Duha amat panjang kira-kira lima jam. Ertinya, di celah-celah kesibukan bekerja, masih ada masa yang boleh diluangkan untuk berhenti sebentar bagi mengerjakan solat sunat Duha.

Kelebihan dan Fadilat Solat Sunat Duha

  1. Menurut sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Ahmad, siapa yang istiqamah mengerjakan solat sunat Duha, maka dosanya akan diampuni Allah walaupun sebanyak buih di lautan.
  2. “Nabi berpesan kepada aku agar melakukan tiga perkara dan jangan ditinggalkan: Berpuasa sunat tiga hari dalam sebulan, solat sunat Duha, solat sunat Witir sebelum tidur.” (Muttafaq ‘alaih)
  3. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya, di syurga itu terdapat salah satu pintu bernama al-Duha. Setelah kiamat, para malaikat penyeru akan memanggil, ‘Di mana golongan yang sentiasa melakukan solat Duha? Ini ialah pintu untuk kalian, maka masuklah dengan rahmat Allah.’” (Riwayat al-Thabarani)
  4. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah juga bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat sunat Duha dua rakaat, namanya tidak tercatat dalam golongan orang yang lalai. Jika dia mendirikan empat rakaat, ditulis dalam kalangan orang yang beribadat. Jika dia mendirikan enam rakaat, akan dicukupkan baginya pada hari tersebut. Jika dia mendirikan lapan rakaat, ditulis sebagai orang yang mentaati perintah Allah. Jika dia mendirikan dua belas rakaat, dibina sebuah istana di dalam syurga. (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jika seseorang itu mengerjakan solat sunat Duha dua belas rakaat, bererti dia mendapat pakej ganjaran dan kelebihan, iaitu:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?