Seronok rasanya apabila memandu kereta baharu. Walaupun orang lain mungkin tidak perasan itu kereta baharu, masih berbau kedai, bebas habuk dan kerusi masih berbalut, namun perasaan kita bangga tak terkata. Hati berbunga-bunga, syukur tak terhingga.
Apa-apa sahaja dalam hidup, asalkan ia benda baharu, perasaan kita terasa lain. Teruja. Bersemangat. Jiwa membara.
Oleh itu, pada saat hati kita mula terasa jauh dengan agama, jemu dan lesu, jangan ditukar wajah agama itu. Pada saat ada suara-suara lain di luar lingkaran iman, Islam dan ihsan yang ingin menolak Islam jauh-jauh, jangan kita jadi lalang yang melentok ke kiri dan kanan mengikut arah bayu mereka. Turut mengiakan.
Jika ada saat kita terasa Islam itu makin buruk dek penganutnya, jangan pula Islam itu yang dipersalahkan. Andai sahaja kita sering melihat non-Muslim sering hebat serba segi, jangan juga menuding jari kepada Islam sebagai penyebab kita yang mundur.
Lagi-lagi agama yang terpelihara kesuciannya melalui halaman wahyu Ilahi dan kata-kata Nabi.
Di sini, kita perlu bezakan antara wahyu dan nafsu. Wahyu tidak boleh ditolak oleh nafsu. Nafsu yang sepatutnya tunduk patuh pada wahyu. Jadi, jangan kita menjadi pemadam yang memadamkan sebahagian suruhan agama. Sedangkan kita belum masuk sepenuhnya ke dalamnya. tanggapan.
Ya, kita semua lebih suka bebas tanpa dikongkong. Namun itu semua hanya relevan dalam hubungan sesama manusia. Bagi hubungan makhluk-Khalik pula, kita masih perlu dengar dan taat. Ini falsafah hubungan makhluk-Khalik yang perlu diaplikasi setiap saat.
Allah berfirman yang bermaksud:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.