Sekarang kita sudah tahu betapa istimewanya Ramadan. Semangat kita berkobar-kobar. Namun ada sesuatu yang kadangkala mengecewakan diri kita sendiri. Semangat berkobar-kobar itu kadangkala begitu marak pada 10 hari terawal Ramadan dan makin malap menjelang penghujung Ramadan.
Ya, madrasah Ramadan ini lama. Bukan sehari atau seminggu. Ia perlu ditempuh selama sebulan atau 30 hari. Jadi, jangan kita biarkan kemeriahan Syawal mengambil alih azam kita untuk menjadikan ini Ramadan terbaik.
Agar Ramadan kali ini tidak kecundang, sama-sama kita lakukan sesuatu! Supaya tidaklah nanti hanya beroleh lapar dan dahaga, sedangkan pahala tercicir begitu sahaja.
1. Pengurus Terbaik
Sepanjang Ramadan, kita sepatutnya menjadi pengurus terbaik kepada diri kita sendiri bagi memastikan Ramadan diisi dengan pelbagai agenda ibadah yang produktif. Untuk itu, kita boleh mengurus mengikut carta di bawah:
Input | Proses | Output |
|
|
|
Apa yang perlu diurus? Perkara paling penting perlu diurus sepanjang Ramadan adalah masa. Betapa pentingnya masa sepanjang Ramadan, sahur tamat dan mula berbuka ada masa yang spesifik. Puasa bermula dan berakhir, ada tarikh khasnya. Lailatulqadar juga ada waktunya yang dirahsiakan.
Oleh sebab itu, sangat penting kita menjadi pengurus yang bijak mengurus masa sendiri. Kita pengurus, kemudian kita juga pelaksana. Akhirnya, kita juga yang mendapat manfaat hasil bijak mengurus masa sepanjang Ramadan.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.