November 29, 2023
Fokus SOLUSI

Akhir Segalanya Bagi Dunia

Dunia tidak pernah sunyi daripada pelbagai dugaan. Kadangkala kita tertanya-tanya pelbagai persoalan seperti “kenapa aku yang diuji?”, “bila semua ini akan berakhir?” dan sebagainya.

Walau hakikatnya kita sedar, dunia ini tidak kekal. Begitu sifat dunia, begitu jugalah semua yang berkaitan dengannya. Ujian dan musibah akan berakhir. Derita dan sengsara akan tamat. Begitu juga kesenangan, nikmat dunia dan kebahagiaan yang dikecap di dunia, juga ada tarikh luputnya.

 

Tibalah Saatnya

Dalam keadaan begini, Allah membujuk dengan digambarkankan keindahan syurga yang amat sempurna. Di syurga nanti, ada suara yang menyeru dan berkata kepada seluruh ahli syurga:

Sesungguhnya sekarang tibalah saatnya kalian sihat dan tidak menderita sakit selama-lamanya. Sekarang tibalah saatnya bagi kalian hidup dan tidak mati selama-lamanya. Sekarang tibalah saatnya bagi kamu bersenang-senang dan tidak sengsara selama-lamanya. (Riwayat Muslim)

Ya, di sana tiada lagi perkara yang kita tidak ingini. Ujian itu antara jalan untuk ke syurga. Dan ia jalan yang memudahkan kita masuk syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?