Apabila kita bercakap soal akhlak, ia sangat berkait rapat dengan tingkah laku dan peribadi seseorang Muslim. Muslim yang berakhlak telah diiktiraf oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terbaik dalam kalangan kamu adalah mereka yang memiliki akhlak yang baik.” (Riwayat Muslim)
Akhir-akhir ini, kita lihat betapa akhlak semakin dikesampingkan oleh umat Islam sendiri. Perilaku dan tingkah laku umat Islam sendiri sudah jauh daripada menggambarkan keindahan akhlak Islam. Hal ini amat membimbangkan sekali. Seandainya golongan non Muslim melihat umat Islam hari ini, adakah mereka akan dapat melihat keindahan akhlak Islam?
Melalui artikel kali ini, sebanyak tujuh skop akhlak yang akan dibincangkan berdasarkan keperibadian Baginda s.a.w. Semoga dengannya akan menjadikan kita kembali mencontohi akhlak nabawi dalam hidup kita hari ini.
- Akhlak dalam Beribadah
Dalam beribadah dan beramal soleh, Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita umat Islam untuk memiliki sifat ihsan. Sabda baginda yang bermaksud: “Hendaklah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihatnya maka sesungguhnya Dia melihat kamu.” (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now