October 1, 2023
Akidah WAHYU

Al-‘Alim: Lautan Ilmu-Nya Tidak Bertepi

Terdapat sebanyak 175 tempat dalam al-Quran yang menyebut nama Allah al-‘Alim yang bermaksud Allah Yang Maha Mengetahui. Antaranya seperti firman Allah SWT:

Maksudnya:”Malaikat itu menjawab: ‘Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”(Surah al-Baqarah 2: 32)

Juga dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

Maksudnya: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang ada dalam dada.”  (Surah Ali ‘Imran 3: 154)

Definisi

Nama Allah al-‘Alim dari sudut bahasa menurut kitab al-Mufradat fi Gharib al-Qur‘an ialah mengetahui sesuatu dan mencapai pengetahuan dengan hakikatnya yang sebenar.

Manakala Imam al-Ghazali pula menyatakan dalam kitabnya al-Maqsad al-Asna bahawa maksud lafaz tersebut ialah suatu bukti kepada kesempurnaan Allah. Kesempurnaan itu menunjukkan bahawa ilmu Allah meliputi segala sesuatu; zahir dan batin, kecil dan besar, awal dan akhir, natijah dan pembukaan. Semua ini disebabkan banyaknya maklumat yang tiada penghujungnya dek keluasan ilmu-Nya.

Oleh itu, apakah pula perbezaan antara ilmu Allah SWT jika dibandingkan dengan ilmu manusia? Imam al-Ghazali merumuskan ilmu manusia seperti berikut:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?