Nama Allah al-Fattah terdapat dalam al-Quran menerusi firman-Nya:
Maksudnya: “Katakanlah lagi: ‘Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dialah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya.”’ (Surah al-Saba’ 34: 26)
Al-Fattah merupakan perkataan dalam bentuk hiperbola (superlative) daripada wazan (فَعَّال) bagi perkataan al-fath (الفتح). Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat fi Gharib al-Qur’an, perkataan al-Fath dari segi bahasa boleh difahami seperti berikut:
Maksud: Mengangkat yang tertutup dan yang musykil
1. Apa yang boleh dikecapi dengan penglihatan seperti membuka pintu.
Firman Allah:
Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka… (Surah Yusuf 12: 65)
2. Apa yang boleh dikecapi dengan mata hati seperti mengangkat kegelisahan dan kerisauan. Ia terdapat dalam dua bentuk:
• Melibatkan urusan keduniaan seperti menggembirakan hamba-Nya yang mengalami kerisauan dan mengeluarkan hamba-Nya yang dibelenggu kemiskinan.
• Dibukakan pintu ilmu yang tertutup.
Allah berfirman:
Tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. (Surah al-A‘raf 7: 96)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.