Untuk menterjemahkan al-Jabbar dalam satu perkataan, ia agak sukar kerana kekurangan kosa kata yang sesuai dalam bahasa Melayu. Namun, dalam bahasa Inggeris, al-Jabbar diterjemahkan oleh Hans Wehr, penulis kamus A Dictionary of Modern Written Arabic sebagai:
- Almighty (Maha besar).
- Omnipotent (Maha gagah perkasa).
Itulah keindahan bahasa Arab, begitu juga keindahan nama-Nya. Hanya satu nama, terdapat pelbagai makna yang saling berkait. Memberikan kita pemahaman yang lengkap akan kesempurnaan Allah s.w.t.
Dalil Nama al-Jabbar
Allah berfirman dalam kitab-Nya:
Dialah Allah, yang tidak ada tuhan kecuali Dia. Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Melimpahkan keamanan, Yang Maha Memelihara keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Berkuasa, Yang Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan. (Surah al-Hasyr 59: 23)
Petikan ayat ini secara rumusnya menyebut beberapa nama-nama Allah termasuk al-Jabbar. Ayat inilah terletaknya inti pati ajaran tauhid. Misalnya seluruh alam ini, langit serta bumi, bulan serta bintang, awan yang berarak, ombak yang berdebur sebagai suatu kerajaan. Maharajanya hanya satu sahaja, iaitu Allah!
Cuba kita lihat pula sabda Baginda:
Pada hari kiamat, bumi bagaikan sekeping roti, Allah al-Jabbar memutar-mutarnya dengan kekuasaan-Nya sebagaimana salah seorang antara kalian memutar-mutarkan rotinya dalam perjalanan, sebagai khabar gembira buat penghuni syurga. (Riwayat al-Bukhari)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.