Kadangkala apabila ada masa lapang, seronok juga menonton National Geographic. Melihat alam sekeliling kita, sudah pasti akan menumbuhkan rasa kagum kepada Pencipta. Setiap ciptaan-Nya dicipta dengan begitu teliti, halus dan cukup indah.
Manusia mungkin boleh meniru, namun sudah pasti tidak sama sepenuhnya seperti yang sedia ada dicipta oleh-Nya. Di sinilah datang keimanan kita bahawa Dialah al-Khaliq, al-Bari’ dan al-Musawwir.
Allah s.w.t. berfirman:
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (daripada tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya). (Surah al-Hasyr 59: 24)
Perbezaan al-Khaliq, al-Bari’ dan al-Musawwir
Al-Khaliq dari sudut syarak bermaksud:
- Allah menciptakan segala sesuatu daripada tiada kepada ada. Dia juga menentukan segala urusan ciptaan-Nya sejak azali. Jadi ini bermakna Allah mencipta sesuatu tanpa merujuk sebarang contoh sebelum mencipta.
- Allah yang menentukan setiap urusan bagi segala ciptaan-Nya. Allah juga sempurnakan dengan nilai akhlak buat ciptaan-Nya dan dibahagikan hamba-Nya kepada:
- Hamba yang bersefahaman (ahl al-wifaq).
- Hamba yang munafik (ahl al-nifaq).
Ibn Athir dalam Jami’ al-Usul menjelaskan, al-Bari’ ertinya yang menciptakan makhluk tanpa meniru. Tetapi lafaz ini lebih memiliki pengkhususan kepada makhluk-makhluk hidup, tidak kepada makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Lafaz ini jarang sekali dipakai kepada selain daripada makhluk hidup.
Hal ini boleh didapati perbezaannya pada ungkapan berikut:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.