Nama
|
Tumadir binti Amru bin al-Harith bin al-Syarid.
|
Gelaran
|
Al-Khansa’ yang bermaksud kijang betina. Ia disebabkan oleh hidungnya yang pendek dan dikiaskan dengan haiwan tersebut.
|
Suami
|
- Rawahah bin Abdul Aziz al-Sulami.
- Mirdas bin Abi ‘Amir al-Sulami.
|
Anak-anak
|
- Mu‘awiyyah bin Mirdas.
- Amrah bin Mirdas.
- Amr bin Mirdas.
- Yazid bin Mirdas.
|
Pengorbanan
|
- Menyertai Peperangan al-Qadisiyyah pada tahun 14 Hijrah pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab bersama empat orang anak lelakinya.
- Keempat-empat orang anaknya itu syahid dalam peperangan tersebut.
|
Keistimewaan
|
- Penyair wanita yang terkenal pada zaman Rasulullah dan mendapat pujian daripada Baginda.
- Apabila disampaikan berita kesyahidan keempat-empat orang anaknya itu, beliau tidak bersedih bahkan mengucapkan suatu ungkapan yang masyhur: “Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan terbunuhnya mereka semua. Aku memohon kepada Tuhanku agar dapat bertemu dengan mereka di bawah naungan rahmat-Nya kelak.”
|
Meninggal dunia
|
Tahun ke-24 Hijrah ketika zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan. |