Jika kita diberi peluang untuk memilih siapa diri kita, sudah tentu kebanyakan kita memilih untuk menjadi raja. Sebab apa? Raja sudah tentu ada segala-galanya. Ataupun sekurang-kurangnya, apa-apa yang dikehendaki pasti tertunai.
Bagaimana pula jika ada Raja yang menguasai segala-segalanya yang ada di langit dan bumi? Bahkan semua raja-raja di dunia pun pada hakikatnya berada di bawah kekuasaan-Nya? Itulah Allah s.w.t. dengan sifat-Nya al-Malik.
Firman Allah dalam kitab-Nya:
Maha Berkat (serta Maha Tinggi kelebihan) Allah yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat). Dan Dialah Maha Kuasa atas setiap sesuatu. (Surah al-Mulk 67: 1)
Imam Ibn Kathir menjelaskan bahawa lafaz ini digunakan bagi menegaskan keadaan Allah sebagai Raja dan Pemilik yang mutlak. |
Definisi al-Malik
Imam al-Ghazali mendefinisikan al-Malik sebagai nama yang mana Zat dan sifat-sifat Allah yang tidak memerlukan apa-apa pun daripada segala yang wujud, sebaliknya segala yang wujudlah yang memerlukan-Nya.
Kesan Kefahaman Terhadap Nama al-Malik |
Tidak memiliki dan tidak memerlukan sesuatu pun melainkan Allah. |
Memiliki “kerajaan” (hati) sendiri dan dia ditaati oleh “tentera” (syahwat dan kemarahan) dan “rakyatnya” (seluruh anggota badan). |
Begitu juga seseorang yang memahami nama Malik al-Mulk akan bijak mentadbir dan memerintah kerajaannya yakni diri sendiri mengikut kehendaknya dengan menentukan gerak hati dan tindakan anggota badan mereka.
Syeikh Dr. Umar Sulaiman al-Ashqar membawakan huraian yang cukup menarik berkenaan nama:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.