November 29, 2023
Akidah WAHYU

Al-Muhaimin: Bahagia dalam Pemeliharaan-Nya

Sifat pemelihara adalah sifat manusia. Namun, apa beza sifat pemelihara manusia berbanding nama Allah s.w.t. iaitu al-Muhaimin? Saya bawakan analogi berikut sebagai contoh yang mudah agar kita mampu lebih memahami.

Analogi

Seorang pengawal keselamatan bertanggungjawab mengawasi dan memelihara sebuah bangunan bersejarah. Pengawal ini sangat arif tentang apa-apa jua berkaitan bangunan tersebut. Boleh dikatakan dia menjalankan tugasnya dengan sangat baik. Dengan kamera litar tertutup (CCTV), tugasnya menjadi lebih mudah untuk memantau bangunan tersebut.

Namun, kecurian atau kerosakan boleh sahaja berlaku kerana mungkin ia berada di luar kawalannya. Contohnya, sda ketikanya CCTV bermasalah, lalu pencuri mengambil kesempatan. Atau, ada kerosakan pada bahagian bangunan yang berada di luar pengetahuannya.

Jadi, jelas pengawasan dan pemeliharaan manusia ada batasnya. Bagaimana pula dengan pengawasan Allah? Nama al-Muhaimin berulang dua kali dalam al-Quran iaitu pada surah al-Hasyr ayat 23 dan surah al-Ma’idah ayat 48.

Allah berfirman:

Dialah Allah, yang tiada Tuhan kecuali Dia. Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Memelihara Keselamatan…(Surah al-Hasyr 59: 23)

Definisi al-Muhaimin

  • Bahasa

Dari sudut bahasa, al-Muhaimin adalah kata kerja untuk mausuf (kata yang disifati) bagi al-haymanah. Asal perkataan al-haymanah adalah pemeliharaan dan pengawasan. Jika dikatakan al-haymanah ‘ala al-shay’ ia bermaksud penguasaan penuh atas sesuatu, memeliharanya dan menguasainya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?