Nama-nama Allah disebut menerusi firman-Nya dalam kitab yang paling mulia. Antara potongan ayat tersebut ialah:
Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan… (Surah al-Hasyr 59: 23)
Imam al-Ghazali mendefinisikan al-Mukmin sebagai satu-satunya nama Allah yang menyandarkan keselamatan dan keamanan kepada-Nya. Ini kerana al-Mukmin membawa makna ke arah mencapai keamanan dan menyekat jalan-jalan yang berbahaya. Keselamatan dan keamanan ini biasanya hanya dihargai dan disedari nilainya apabila kita sudah kehilangannya.
Memahami nama al-Mukmin bermaksud kita meyakini bahawa Dialah sahaja yang layak untuk diyakini dan dipercayai. Kita dituntut meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa Allah s.w.t. jua yang mampu melindungi dan memberi keselamatan kepada kita.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now