December 11, 2024
Akidah WAHYU

Al-Mutakabbir: Keangkuhan Hanya Milik Allah

Daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. telah bersabda bahawa Allah s.w.t. berfirman:

Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Sesiapa yang merebut daripada-Ku salah satu daripadanya, maka Aku akan melemparkannya ke dalam neraka. (Riwayat Ibn Majah)

Al-Mutakabbir adalah salah satu nama Allah s.w.t. yang agung dan mulia. Al-Mutakabbir ertinya yang memiliki sifat angkuh (kibr).

Al-Kibr adalah:

  1. Keagungan.
  2. Ketinggian pada kemuliaan.

Al-Kibriya’ mengikut pandangan Mujahid dapat diertikan sebagai:

  1. Kerajaan.
  2. Kekuasaan.

Ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan mempercayai kamu berdua. (Surah Yunus 10: 78)

Al-Fairuz Abadi pula menghuraikan bahawa lafaz ini bermaksud:

  1. Tinggi bagi tunduk.
  2. Hanya dimiliki oleh Allah s.w.t.

Asal bagi kalimah al-Kibr adalah:

  1. Enggan.
  2. Dan kurang patuh (al-imtina’ wa qillatu al-inqiyad).

Menurut Imam al-Ghazali, al-Mutakabbir adalah:

  1. Dia yang melihat kesemua makhluk-Nya sebagai hina dan tidak mempunyai keagungan dan keangkuhan kecuali diri-Nya.
  2. Dia melihat kepada selain Diri-Nya dengan pandangan kerajaan kepada hamba-hamba.

Sifat ini tidak mungkin disandang kecuali oleh Allah kerana hanya Dia yang berhak bersikap demikian.  Sesiapa sahaja yang memandang bahawa keagungan dan kebesaran hanya miliknya secara khusus tanpa selainnya, maka pandangan tersebut adalah salah. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang layak bersifat begitu.

Melihat kepada huraian para ulama di atas, maka kita dapat simpulkan bahawa al-Mutakabbir adalah:

  1. Zat yang mengatasi segala sifat yang ada pada makhluk.
  2. Keangkuhan Allah s.w.t. sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn al-Qayyim, ditujukan kepada mereka yang angkuh, bongkak, bermegah-megah dan sombong.
  3. Yang memandang serta melayan pihak lain dengan hina dan rendah.

 

Manusia Angkuh dalam al-Quran

Sombong dan angkuh adalah sifat terpuji jika disandarkan kepada Zat Allah, tetapi sebaliknya ia menjadi sifat tercela jika disandarkan kepada makhluk-Nya. Oleh itu, jika sifat sombong wujud pada diri manusia, akan muncul pada dirinya beberapa tanda-tanda berikut:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
Ciri-Ciri Ayat al-Quran

Enggan beriman kepada Allah s.w.t. dan beramal soleh.

 

Sepertimana permulaan kisah dalam ayat 171, menceritakan sekumpulan Nasrani yang sombong mengatakan “Isa adalah anak Allah.”

“Sedangkan orang yang sombong dan takbur, maka Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih dan mereka pula tidak akan mendapat pelindung dan penolong selain Allah.” (Surah al-Nisa’ 4: 173)

Mendustakan ayat Allah dan menolak hukum-Nya.

 

Begitulah Allah ingatkan kita dengan azab jika menolak utusan dan syariat-Nya.

“Dan orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf 7: 36)

Suka melakukan dosa dan menolak ada azab Allah s.w.t.

 

Itulah sifat umat Nabi Musa. Mereka derhaka kepada baginda dan sanggup mengatakan bahawa mukjizat baginda itu sama dengan sihir kerana tidak mahu beriman.

“Allah berfirman: ‘Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, namun mereka tetap juga takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.” (Surah al-A‘raf 7: 133)

Tidak beriman kepada hari akhirat.

 

“Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).” (Surah al-Nahl 16: 22)

Enggan berdoa dan tunduk kepada-Nya.