Dunia makin pantas bergerak. Betapa dinamiknya dunia, begitu banyak perubahan drastik berlaku. Kini, kita sudah mula menyaksikan banyak perkara, situasi atau isu yang kini atau pada masa akan datang dijangka tidak lagi relevan.
Ya, sebagaimana bumi berputar tanpa henti, perubahan juga tidak pernah mati. Kita dipaksa mengikut arus, asalkan tidak bercanggah dengan syariat dan tidak membantah taat. Jika tidak, kita mungkin terpaksa menelan hakikat ditolak arus jauh-jauh.
Antara perubahan drastik yang mungkin kita boleh jangka, namun masih terasa tidak percaya ialah:
- Lebih 70% peluang pekerjaan kini dijangka diambil alih oleh mesin dan robot. Ini antara kesan Revolusi Industri 4.0 dan kecerdasan buatan.
- Deretan A dalam peperiksaan dan sekeping ijazah mungkin bukan lagi jaminan bagi peluang pekerjaan.
- Bencana alam bertali arus seolah-olah bumi sudah terlalu uzur.
- Kegawatan ekonomi yang belum menunjukkan tanda akan reda.
- Maksiat berkembang pesat hinggakan pelakunya menjadi pejuang maksiat.
Rehat Dulu
Allah, boleh tahan gaya dunia memenatkan kita semua. Dunia bukan sahaja kaya dengan pelbagai keseronokan dan hedonisme yang melalaikan, bahkan dunia juga kaya dengan pelbagai musibah, ujian dan perubahan demi perubahan.
Dalam berdepan dengan dunia dan hidup yang tidak menentu, ada sebuah kitab yang terpelihara isi kandungannya. Hingga kini. Tanpa kita perlu risau adakah isinya boleh dipercayai atau tidak. Membacanya memberikan ketenangan, dunia dan akhirat.
Ketika dunia begitu pesat berubah, kita sebenarnya tidak perlu risau kerana kita mempunyai manual hidup yang serba lengkap dan komprehensif. Manual ini bukan sahaja tentang solat atau puasa, akidah atau iman, syariat atau taat, bahkan terpakai juga ketika berdepan dengan dunia, sama ada sisi baik atau buruknya.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.