December 11, 2024
Fokus SOLUSI

Alasan untuk Cermat

Sikap membazir kini seolah-olah sudah menjadi budaya. Budaya ini disuburkan dengan kehadiran sikap yang mudah dikelabui nilai material, lantas kita mula rambang mata dengan pelbagai produk yang dipamerkan di rak-rak pameran jualan. Manakala budaya kepenggunaan pula membentuk sikap yang membeli tanpa tapi-tapi.

Budaya dan sikap ini membentuk tingkah laku yang ingin lebih dan lagi. Lebih baharu, lebih baik. Lebih banyak, lebih bagus. Lebih mahal, lebih bergaya.

Sebenarnya banyak cara untuk tidak membazir, bahkan kita boleh menggunakan pelbagai bahan dan sumber makanan secara berhemah.

Limau yang masam boleh dijadikan jus limau dengan ditambah sedikit pemanis. Roti yang lebih boleh dibakar dan dijadikan jajan yang rangup untuk dikunyah. Nasi semalam boleh dijadikan nasi goreng. Sisa makanan yang sudah basi boleh dijadikan kompos.

 

PERISAI ELAK BAZIR

Sebenarnya terdapat pelbagai alasan untuk kita tidak membazir, bahkan bijak dan cermat menggunakan sesuatu. Alasan ini tidak semestinya digunakan dalam aspek pembaziran makanan sahaja, bahkan setiap aspek kehidupan.

Tidak kiralah masa, tenaga atau kudrat, kepakaran, kewangan dan lain-lain.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?