Maha hebatnya Allah, semua manusia bergantung kepada-Nya. Semua urus tadbir tubuh badan kita berada di bawah kekuasaan-Nya. Itu baru diri kita sendiri. Bahkan lebih jauh daripada itu, seluruh makhluk di bumi dan langit bergantung kepada-Nya.
Allah berfirman yang bermaksud:
Allah yang menjadi tempat pergantungan segala sesuatu. (Surah al-Ikhlas 112: 2)
Individu yang bergantung kepada Allah sebenarnya sangat bijak. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya Allah yang memiliki segala-galanya. Jika kita ternampak ada manusia yang begitu hebat sekalipun di hadapan kita, hakikatnya kehebatan dirinya itu hasil daripada kurniaan Allah juga.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now