Allah menempelak golongan yang syirik kepada-Nya:
![]() Maksudnya: “Adakah tuhan-tuhan yang mereka ambil dari bumi itu dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?” (Surah al-Anbiya’ 21: 21) |
- Menurut Mujahid,
bermaksud menghidupkan, manakala menurut al-Suddi ia bermaksud menghidupkan dari kubur.
Begitulah lagak golongan yang melakukan syirik kepada Allah. Mereka mengambil sesuatu selain daripada Allah sebagai tuhan-tuhan untuk mereka sembah, memohon pertolongan serta memuja dan memuji.
Namun, tuhan-tuhan yang mereka sembah itu pula mereka ambil daripada muka bumi seperti kayu, batu, perak atau emas, bahkan ada juga yang menyembah kubur. Perkataan ini merupakan cemuhan kepada golongan tersebut. Ini kerana bahan-bahan sembahan itu diambil daripada bumi, sedangkan hakikatnya bumi itu berada di bawah tapak kaki mereka dan disembah di bumi pula. Betapa hinanya bahan ambilan sembahan mereka.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now