November 4, 2024
Akidah WAHYU

Allah Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur

Manusia, baru sahaja bekerja keras beberapa jam dalam sehari, sudah perlu berehat. Melepaskan penat dan lelah seketika. Baru sahaja berjaga beberapa jam dalam sehari, nanti apabila malam tiba, perlu tidur untuk mengumpul kembali tenaga.

Ya, tiada manusia yang mampu untuk tidak tidur!

Namun berbeza dengan Allah. Tidak pernah mengantuk, apatah lagi tidur. Mengantuk dan tidur tidak sesuai disandarkan dengan Allah. Allah tidak sama seperti makhluk. Allah tidak perlu berehat sebagaimana makhluk.

Ini kerana mengantuk dan tidur sebenarnya dikaitkan dengan sifat makhluk yang lemah dan lesu. Bahkan ketika sedang tidur, manusia tidak mampu berbuat apa-apa dan tidak sedar apa yang berlaku di sekitarnya. Sedangkan Allah maha kuat dan boleh mengatur dan mentadbir segala urusan makhluk secara terus-menerus.

Allah berfirman:

Allah, tiada tuhan melainkan Dia. Yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbir (seluruh makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk serta tidak tidur. (Surah al-Baqarah 2: 255)

Bahkan Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah tidur dan tidak layak bagi-Nya tidur. (Riwayat Muslim)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?