September 18, 2024
Akidah WAHYU

Allah Tidak Perlu Penjaga

Lemahnya manusia, lahir-lahir sahaja perlu dijaga, ditatang dan dibelai penuh kasih sayang. Bukan sehari dua fasa awal hidup manusia perlu ada penjaga. Bahkan sehingga 20 tahun!

Ya, kalau awal-awal dulu ibu dan ayah kita menjaga makan minum dan pakaian kita, selain perlu mendodoi pula barulah mampu tidur. Apabila meningkat remaja pula, kita masih bergantung kepada penjaga kita untuk menyediakan keperluan asas kehidupan, termasuk juga pendidikan peringkat yang lebih tinggi.

Saat usia sudah lebih separuh manusia mula menjadi lemah secara bertahap. Akhirnya perlu juga kepada penjaga. Anak-anak atau pegawai kesihatan pula yang perlu mengambil berat keadaan dan keperluan warga emas.

Manusia lahir dalam keadaan yang lemah dan saat waktu datang juga dalam keadaan yang lemah. Manusia secara fitrahnya perlu pergantungan. Namun Allah juga tempat bergantung yang paling kukuh.

Allah s.w.t. pula bagaimana? Allah tidak begitu. Allah itu boleh berdiri sendiri. Tidak perlu pembantu, apa lagi penjaga. Namun Allah punyai begitu banyak malaikat, bukanlah menunjukkan Allah itu lemah. Maha Suci Allah daripada semua itu.

Malaikat yang melaksanakan pelbagai tugasan itu simbol kehebatan Allah kerana Dia mempunyai kerajaan yang begitu gah.

Benarlah firman Allah:

Wahai manusia, kamulah yang sentiasa memerlukan Allah, sedangkan Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Fatir 35: 15)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?