“Wahai Zuhair, adakah engkau reda dirimu dapat makan, berpakaian dan berkahwin, sedangkan bapa-bapa saudara sebelah ibumu berada dalam keadaan yang sedia kau ketahui?” Hisyam bin Amru melontarkan persoalan kepada Zuhair bin Umayyah.
“Mereka dihalang daripada berniaga dan bernikah. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya mereka semua adalah bapa saudara kepada Abu al-Hakam bin Hisyam, selama-lamanya aku tidak akan bersetuju dengan apa yang telah berlaku!” sambung Hisyam lagi.
“Celaka engkau, Hisyam! Apa yang boleh aku buat? Aku keseorangan. Demi Allah, jika ada orang lain bersama aku, aku akan bertindak membatalkan perjanjian itu!” Zuhair akhirnya menjawab.
“Aku telah jumpa seorang,” ujar Hisyam.
“Siapa?” tanya Zuhair.
“Diriku sendiri,” jawab Hisyam.
“Carilah orang yang ketiga untuk bersama-sama kita,” cadang Zuhair.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.