June 22, 2024
Fokus SOLUSI

Anak-Anak Pinggiran

Ya, kadangkala kita terlupa bahawa kita mempunyai dua belah tangan; satu untuk membantu diri sendiri dan keluarga, manakala sebelah lagi untuk membantu insan lain. Ya, kadangkala kita alpa, untuk membesarkan keluasan meter persegi kawasan takluk untuk kita berkhidmat kepada umat. Kita bukan hanya ibu dan bapa kepada anak-anak sendiri, bahkan kita juga insan yang diperlukan ummah.

Kemiskinan bagi seorang kanak-kanak ibarat hukuman kepada mereka bagi kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Kita teliti satu kajian yang dilakukan oleh UNICEF yang bertajuk Kanak-Kanak Pinggiran: Satu Kaji Selidik Mengenai Kemiskinan dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar di Rumah Pangsa di Kuala Lumpur.

Tahu sesuatu? Antara yang menyayat hati, terdapat sekitar 15% kanak-kanak pinggiran ini yang berusia bawah 5 tahun mempunyai pertumbuhan terbantut, manakala 22% mempunyai berat badan yang kurang.

Ya Allah, pada tahun 2018 ini, di sebuah ibu kota, masih ramai kanak-kanak tidak cukup makan? Ya, pertumbuhan terbantut kesan tidak cukup makan atau tidak cukup nutrisi. Kesannya, berat badan atau ketinggian kurang daripada piawaian yang sepatutnya. Sedangkan statistik tumbesaran kanak-kanak yang terbantut peringkat dunia menunjukkan penurunan, kita pula sebaliknya menunjukkan peningkatan.

Oh ya, pada masa yang sama, terdapat pula 23% kanak-kanak obes di negara kita!

Ironi, bukan? Mungkin kita sedang menyaksikan data yang membuktikan jurang antara kaya dan miskin! Jurang yang makin melebar…

Belanja Makan

Soal makan, soal primer. Malu terasa apabila Rasulullah s.a.w. menempelak umatnya yang masih mampu tidur nyenyak kekenyangan, sedangkan ada jirannya yang kebulur. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sudah berpesan,

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?