September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Anak Didik Kaum Sodom?

Dalam satu pertandingan larian 200 meter kanak-kanak perempuan, didapati tempat pertama dan kedua dimenangi oleh transgender. Ibu bapa kanak-kanak perempuan yang turut bertanding bersuara tanda protes. Mereka tidak setuju. Bantahan mereka ada asasnya.

Ya, apabila dilihat dengan mata kasar, kita nampak kanak-kanak perempuan yang sedang bertanding merebut johan pertandingan larian. Namun jika dilihat dengan lebih mendalam, sebenarnya olahragawati itu bersaing dengan olahragawan.

Kita tidak ingin membicarakan soal adil atau setara. Lebih jauh daripada itu, pada peringkat permulaan akal yang waras, manusia sebenarnya masih mengiktiraf transgender itu sebagai lelaki. Ya, itu gender asal mereka.

Mereka lelaki, bukan wanita!

Kisah ini bukan diada-adakan. Ini kisah yang benar. Golongan transgender ini tidak lagi terhad kepada orang dewasa, bahkan di negara barat sudah mula meraikan golongan ini seawal usia awal kanak-kanak!

Dalam situasi lain, seandainya kita bertanya wanita secara umum, sanggupkah wanita berkongsi tandas dengan mak nyah? Wanita yang cukup menjaga syariat, sanggupkah bersentuhan, bersalaman atau berpelukan dengan mak nyah?

Tanya lelaki, adakah mereka mengiktiraf wanita yang mengubah diri menjadi lelaki itu sebagai lelaki? Sanggupkah lelaki solat Jumaat berjemaah dengan jemaah transgender (wanita yang berubah menjadi lelaki)?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?