March 22, 2025
Fikir Zikir SOLUSI

Anak Gelandangan: Didik Atau Herdik?

Susuk anak-anak kecil yang sedang lena di kaki lima premis perniagaan, hentian bas dan taman rekreasi sering kali menyapa pandangan kita yang berjalan di ibu kota. Mungkin terdetik di benak kita, betapa kota yang begitu pesat ini pun masih tidak mampu untuk membantu golongan gelandangan keluar daripada masalah yang membelenggu mereka.

Bagi yang menjadi ibu bapa, pasti luluh apabila melihat anak-anak gelandangan yang berwajah comot, berpakaian compang-camping dan mencari makanan di dalam tong sampah. Ketika anak-anak lain pergi sekolah untuk belajar, mereka berada di tempat awam bagi menagih simpati orang ramai.

Anak gelandangan adalah sebahagian daripada warga masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak. Mereka kebiasaannya merupakan anak-anak yang tiada tempat tinggal yang tetap, khususnya pada waktu malam.

Apakah faktor yang menyebabkan mereka menjadi anak gelandangan?

  • Persekitaran dan sistem keluarga yang gagal dan tidak berfungsi.
  • Terlepas daripada ikatan kekeluargaan, kasih sayang serta perhatian keluarga.
  • Kemiskinan.
  • Kehidupan yang dilalui penuh dengan kekacauan.

 

INTERAKSI DENGAN ANAK-ANAK GELANDANGAN

Ada yang bersimpati dengan anak-anak gelandangan, namun tidak kurang juga ada yang mengherdik. Sedangkan Allah s.w.t. sudah melarang yang bermaksud,

Dan adapun orang yang datang meminta, janganlah engkau herdik. (Surah al-Duha 93: 10)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?