“Ummi, dia kata dah besar nanti dia nak hisap rokok.”
Terkedu saya mendengar cerita sang guru di tadika saya.
“Then, apa yang you cakap?”
“Saya tanyalah kenapa nak hisap rokok? Dia jawab, sebab ayah dia hisap rokok.”
Saya hanya mampu tersenyum.
“Lepas tu?”
“Saya terangkanlah yang rokok tak sihat. Tak bagus untuk badan. Allah tak sayang kalau kita tak jaga badan kita.”
Apabila teringat kisah ini, saya sering kali termenung seorang diri. Kasihan anak-anak. Dalam mendidik mereka untuk buat perkara yang betul dan berfikir sepertimana yang Allah suka, pada kebanyakan waktu anak diuji dengan konflik model hidup.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.