April 27, 2025
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Anakku Sayang al-Quran

Al-Quran, merupakan sebuah kitab yang diutuskan Allah untuk sekalian manusia kerana di dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang merangkumi setiap sudut aspek kehidupan dan merupakan manual rujukan manusia sehinggalah hari kiamat.

Kita perlu sentiasa sedar bahawa contoh teladan yang baik memberi kesan yang sangat besar dalam diri anak-anak. Mereka selalunya akan memerhati dan mengikut setiap gerak-geri kita.

Ada mutiara hikmah yang berbunyi;

Kanak-kanak lebih cepat belajar daripada apa yang dia lihat, berbanding apa yang dia dengar.

Usia kecil adalah tempoh masa keemasan bagi seorang anak untuk belajar sesuatu benda baharu. Tidak dapat dinafikan, ilmu adalah sesuatu perkara yang sangat tinggi dan bernilai di sisi Allah. Usaha pembelajaran dan pencarian ilmu bagi anak-anak mesti bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.

Tarbiah al-Quran

Ibu bapa berperanan penting dalam memperkenalkan anak-anak dengan al-Quran sejak kecil. Maka tiada masa yang lebih sesuai lagi untuk memulakan kewajipan ini melainkan pada masa anak-anak kita masih kanak-kanak.

Usahlah bertangguh lagi kerana pada saat kanak-kanak inilah, mereka sedia menerima pelajaran dan pendidikan daripada kita. Bukan bermula ketika mereka menginjak usia remaja, apatah lagi sudah dewasa.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?