September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Andai Ini Sujud Terakhirku…

Saya percaya, dalam kalangan kita, ada yang pernah mendengar atau melihat individu terpilih yang Allah kurniakan pengakhiran terbaik dalam hidupnya, menghadap Ilahi dalam keadaan bersujud. Hati kita digigit cemburu kerana ingin juga nasib begitu.

Allah, itulah impian dan idaman setiap Muslim. Meninggal dunia ketika sedang sujud, tanpa perlu dipertikaikan lagi merupakan sebahagian daripada tanda-tanda husnul khatimah.

 

Mati ketika Sujud

Sedar atau tidak, kita mungkin pernah bercita-cita ingin mati dalam keadaan bersujud itu. Terdapat begitu ramai orang soleh meninggal dunia dalam sujud. Senarai nama mereka dan kisah mereka ada dicatatkan dalam kitab-kitab muktabar silam.

Jika cita-cita ingin meninggal dalam keadaan sujud itu pernah datang, semat dan pateri cita-cita ini dalam hati dengan kukuh. Dengan itu, sujud kemudiannya tidak dipandang sepi. Sujud tidak seharusnya sekadar dipandang sebagai salah satu rukun solat sahaja. Ia tidak dilaksanakan sekadar bagi melunaskan tanggungjawab.

Lebih dari itu, cara kita memandang dan meletakkan sujud pasti berbeza kerana ia wasilah untuk kita akrab dan lebih dekat dengan Allah. Bagaimana caranya ingin mati dalam sujud? Caranya, perbanyakkan sujud. Sujud boleh diperbanyakkan dengan cara memperbanyakkan solat, kerana sujud itu ada dalam solat.

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?