Sebelum kita terfikir tentang kesan kalau tuhan ada ramai, Allah terlebih dahulu bentangkan kepada kita realiti berikut:
Kalau ada di langit dan di bumi Tuhan selain daripada Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy daripada apa yang mereka sifatkan. (Surah al-Anbiya’ 21: 22)
Nampak? Itulah kesan kalau tuhan ramai. Jika tidak ramai sekalipun, hanya dua sahaja tuhan kita katakan, itu pun sudah cukup menjadikan dunia ini huru-hara. Akan ada tuhan yang berlainan di bumi dan langit. Masing-masing mentadbir mengikut cara tersendiri yang mungkin berbeza. Mungkin juga ada tuhan khusus yang menjaga angin, hujan, gunung dan sebagainya.
Buktinya, dalam sejarah Yunani sendiri direkodkan bahawa mereka mempunyai banyak tuhan dan dewa yang turut saling berperang sesama mereka. Antara yang kelakar, tuhan dan dewa berperang berebutkan kekasih.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now