October 1, 2023
FIQAH Usul Fiqah

Antara Aku dan Dia

Aku adalah seorang Muslim. Aku mempercayai Allah adalah Tuhan yang layak dan wajib disembah. Aku mengingkari segala syirik dan kufur dalam diriku dan hanya menghadap Tuhan yang mencipta langit dan bumi; Tuhan yang mencipta segala-segalanya dan Tuhan yang memberi hidayah kepada hamba-Nya.

Sudah menjadi ketentuan Tuhan, Dia menetapkan kepelbagaian agama walaupun agama yang hanya diterima-Nya hanya agama Islam. Namun dengan sifat pengasih dan penyayang-Nya, Dia sentiasa memberi rezeki kepada semua makhluk walaupun mereka mengkufuri-Nya.

Kehendak Atau Ketetapan?

Kepelbagaian agama ini adalah kehendak Allah sejak azali agar kebenaran terserlah kepada mereka yang mempunyai mata dan hati. Tiada sebarang hajat untuk memaksa orang lain memasuki agama Islam kerana cahayanya sudah tersebar luas dan berkesan.

Sesungguhnya Allah mengajak kita berfikir kebarangkalian jika Dia ingin mencipta semua manusia di atas agama yang satu seperti firman-Nya:

Jika Allah mahu, pasti Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.

Sunnah Tadafu’

Sunnah tadafu’ ini telah ditetapkan oleh Allah Taala. Dia menetapkan bahawa di mana ada iman, pasti ada kafir. Di mana ada baik, pasti ada buruk.

Maka ujian ini diturunkan untuk melihat, siapa yang menggunakan akalnya untuk mencari kebenaran? Melihat kepada realiti ini, kita sebagai orang Islam perlu mengiktiraf kewujudan mereka dan bukannya menghancurkan mereka.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?