Syariat Islam mempunyai ciri yang begitu indah. Kesemua ciri ini penting untuk kita telusuri bagi menyediakan minda yang mampu melihat segala hukum-hakam syariah dengan kaca mata sejahtera, tanpa prejudis.
Ini semua perkara asas yang boleh meyakinkan setiap umat bahawa kita berada di landasan yang benar dan betul, bahkan memandu setiap hela nafas kita supaya menterjemahkan semua ciri syariah ini dalam seluruh aspek kehidupan.
Nilai dahulu ciri syariat ini, kemudian pilihlah antara dua; syariat yang menjadikan Allah sebagai tempat menyembahkan taat atau ideologi serta aliran acuan manusia yang ingin keluar daripada kongkongan taat dan syariat.
Ciri Syariat Islam | ||
1 |
Rabbani |
Satu-satunya agama samawi yang terpelihara, diiktiraf oleh Allah dan menjadi agama penutup. Islam agama yang benar-benar daripada Allah, Tuan seluruh semesta alam. Ia datang daripada Zat Yang Maha Tinggi. Apatah lagi sumber utamanya iaitu al-Quran dan hadis datang daripada-Nya. Al-Quran wahyu dalam bentuk lafaz, manakala hadis pula wahyu dalam bentuk makna. Ini ciri terunggul yang Islam miliki! |
2 |
Global |
Islam sentiasa relevan sepanjang masa, tanpa mengira sempadan geografi, warna kulit, bahasa atau bangsa, adat dan sebagainya. Ya, Islam memang agama universal. |
3 |
Holistik |