November 4, 2024
Akidah WAHYU

Anugerah Khas

Sebagai umat akhir zaman, dipimpin pula Nabi terakhir, umat Islam ada beberapa anugerah yang Allah kurniakan. Kelebihan ini tidak diberikan kepada umat lain sebelum ini. Anugerah tersebut berupa:

  1. Satu amalan, dibalas dengan 10 kebaikan. Namun apabila kita lakukan kesalahan, dosanya tidak pula digandakan.
  2. Walaupun kita umat akhir zaman, namun Allah lebihkan kita semua umat Nabi Muhammad dengan diberikan peluang mendahului umat nabi-nabi yang lain di mahsyar tatkala dihisab.
  3. Satu-satunya Nabi yang boleh memberi syafaat kepada umatnya ialah Nabi Muhammad. Sedangkan nabi-nabi yang lain tidak boleh memberi syafaat kepada umat mereka.
  4. Umat Nabi Muhammad juga satu-satunya umat yang dianugerahkan malam lailatulqadar. Beribadah satu malam sahaja, menyamai 1000 bulan.
  5. Tidak seperti umat nabi yang lain, sebagai umat Muhammad, Allah tangguhkan azab di dunia. Ini memberi peluang untuk kita semua bertaubat.

Allah al-Rahman… Tanda kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Kini, tugas kita hanya berusaha menggapai anugerah yang tidak terhad itu.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?