Suatu petang, jeritan yang kuat memecahkan kesunyian rumah petang itu. Jeritan daripada seorang kanak-kanak perempuan…
Aisyah : Baba… Tadi Asiah cakap Khaulah bodoh!
Baba : Aisyah dengar sendiri tadi?
Aisyah : Eh taklah. Ashsyifa yang cakap.
Baba : Ashsyifa…Ashsyifa dengar Asiah cakap Khaulah bodoh?
Ashsyifa : Tak! Ashsyifa dengar Khaulah yang cakap Asiah bodoh.
Baba : Aisyah…
Terkebil-kebil mata Aisyah apabila namanya disebut baba secara mendatar dan panjang. Nampaknya dia sedar dia telah buat silap. Bibirnya digigit-gigit perlahan. Kesungguhannya untuk mengadu kepada babanya tidak menjadi apabila “aduan palsunya” itu berjaya diketahui oleh babanya.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.