“Hari tu Ummi, saya dah tak tahu nak buat apa. Saya duduk atas lantai dalam mall tu. Lepas tu saya lunjurkan kaki ke depan. Saya tiru apa yang anak saya buat. Ha! Terus terkebil-kebil mata dia tengok saya. Baru hilang mengamuk dia.”
Tantrum merupakan satu bentuk komunikasi yang tidak sihat dan tidak terkawal disebabkan kemarahan serta kekecewaan yang melampau. Biasanya ia ditunjukkan dengan jeritan, amukan, tangisan, pukulan dan tendangan.
Berdasarkan kajian Maslow, ada beberapa keperluan diri yang perlu dipenuhi dan diasah sebelum seseorang itu mampu sampai ke tahap kemampuan untuk memahami situasi, menyesuaikan diri dan selesa untuk mengeluarkan segala potensi diri bagi mencapai apa-apa yang diinginkan. Jadi, saya kongsikan lima bentuk keperluan asas manusia tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.
- Fisiologi
Kita semua perlukan udara, tempat tinggal, pakaian, makan, minum, rehat dan tidur yang seimbang untuk kelangsungan hidup.
Fizikal yang tidak terjaga boleh memberi kesan yang kurang menyenangkan kepada mental dan emosi. Jenis “makanan dan pakaian” yang sering kita beri kepada mata, telinga, tangan, kaki dan juga hati anak-anak menjadi penentu kepada keseimbangan tumbesaran dan perkembangan mereka.
Adakah anak kita turut mempunyai tenaga rohani dan jasmani yang seimbang? |
- Keselamatan
Kita perlu rasa selamat. Apabila dalam diri terlalu banyak keraguan, ketakutan, tidak percaya kepada orang dan keadaan sekeliling, sentiasa rasa terancam, takut disakiti atau dipinggirkan, sebenarnya situasi sebegini akan membantutkan perkembangan dan kemahiran mengurus diri dan menzahirkan apa-apa yang kita rasa dan fikir.
Jadi, sikap orang dewasa yang suka menakut-nakutkan, mengancam, menghukum atau terlalu berjaga-jaga sehingga anak tidak berani mencuba, semua ini merupakan penyebab yang boleh membuatkan anak-anak rasa tidak selamat.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.