Kita semua tahu, tugas kita adalah berusaha, manakala yang memberikan hasil itu ialah Allah s.w.t. Kita semua tahu bahawa anak itu tidak seperti kita. Tidak juga seperti pasangan kita. Anak itu satu individu dengan ciri dan karakter tersendiri.
Kita semua juga tahu bahawa kita hanya boleh mengawal apa-apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat sahaja. Namun, kita tidak boleh mengawal apa-apa yang orang lain fikir, rasa, cakap dan buat.
Hal ini termasuklah anak dan pasangan kita. Kita boleh menyampaikan dan mendorong. Umpamanya kita boleh menarik kuda ke tepi sungai. Tetapi, kita tidak boleh memaksa kuda itu untuk meminum air.
Begitulah juga dengan kehidupan kita.
Impian Seorang Ibu
Ramai golongan ibu yang hidupnya penuh dengan impian untuk anak-anak mereka. Memiliki impian itu tidak salah, namun masalah timbul apabila impian itu bertukar menjadi paksaan ke atas individu lain untuk mencapainya.
Wanita yang bergelar ibu ini sangat mudah berasa kecewa, terancam, tidak dihargai, tidak dipeduli, tidak berguna dan tidak didengari hanya disebabkan oleh pencapaian anak-anak tidak seperti yang diharapkan.
Jiwa si ibu jadi menjadi semakin parah tatkala dia merasakan dia sahaja yang menggalas tanggungjawab mengurus keluarga tanpa mendapat bantuan daripada sang ayah.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.