November 29, 2023
Fokus SOLUSI

Apabila Islam Disisip Liberal

Dahulu, Islam begitu gah dan megah dalam tawaduk dan tunduk. Pernah menjadi perintis dan pelopor pelbagai cabang ilmu, tidak kira ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Namun kini, Islam sering digambarkan dalam imej mundur, miskin dan jumud.

Akibat penjajahan barat terhadap pelbagai aspek kehidupan umat Islam dan kemunduran umat Islam sendiri dalam teknologi dan pembangunan, maka kita dapat saksikan reaksi umat Islam yang menyalahkan agama:

1

Mengakui bahawa agama menjadi penghalang, justeru menganggap bahawa agama perlu dipisahkan terus daripada segenap aspek kehidupan jika ingin maju.

Golongan sekular
2

Mengakui bahawa agama menjadi penghalang, namun menganggap bahawa agama perlu bebas dan disesuaikan dengan perkembangan semasa dan zaman. Mereka menganggap agama tidak boleh bersifat jumud dan klasikal.

Golongan liberal

Di sini umat Islam teruji, sama ada ingin teguh berpegang dengan Islam yang asli, atau Islam yang terpalit liberal.

Ya, kita mengakui kini bahawa Islam lemah, namun kita tidak pernah menyalahkan agama. Sebaliknya golongan ini mengakui bahawa kelemahan umat Islam itu lahir daripada hasil kerja tangan umat Islam, bukan disebabkan agama Islam. Kita tidak sepatutnya berputus asa menuding agama, sebaliknya terus berjuang untuk kembali gemilang.

 

Kesinambungan

Liberalisme adalah perjuangan yang meminjam landskap kebangkitan Renaissance di barat sekitar abad ke-16. Renaissance adalah hasil perjuangan rakyat untuk bebas daripada paderi Kristian yang bersikap mengongkong pemikiran penganut agama Kristian. Asalnya ia adalah pertembungan antara pihak gereja dengan kelompok cerdik pandai penganut Kristian.

Situasi ketika itu menyaksikan golongan petani ditindas oleh golongan bangsawan. Mereka bekerja tanpa upah. Sedangkan pada masa yang sama, pihak gereja hidup mewah dan selesa.

Liberalisme menyusup masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan meliputi:

  • Politik.
  • Ekonomi.
  • Sosial.
  • Agama.

Usaha meliberalkan agama ini tidaklah pelik. Ia sudah, sedang dan mungkin akan berlaku. Contohnya, Martin Luther membentuk mazhab baharu iaitu Protestan. Perjuangannya adalah untuk memperjuangkan hak penganut Kristian untuk membaca kitab suci dan mentafsirkan sendiri tanpa terikat dengan tafsiran paderi.

Di Barat, antaranya atas nama kebebasan, hak kesamarataan, pembebasan wanita, hak kemanusiaan dan sebagainya, golongan liberal bangkit berjuang. Mereka membawa perubahan dan membela nasib golongan yang tertindas pada zaman kegelapan di barat.

Dalam konteks ini, bebas itu mungkin solusi bagi situasi yang dialami oleh masyarakat barat. Namun bagaimana dengan Islam?

 

Sunting Islam?

Antara reaksi yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah ialah apabila Islam dilihat sebagai tidak sejajar dengan kehendak atau cita rasa peribadi, maka ada golongan yang mula menjauh.

Mereka memilih untuk berbeza dengan kelompok arus perdana (Ahli Sunah Waljamah). Oleh sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam berpuak-puak. Ada Muktazilah, Syiah, Khawarij dan lain-lain.

Kini muncul pula Islam liberal.

Definisi Liberal

Menurut Kamus Dewan, liberal boleh didefinisikan sebagai:

  1. (Bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, (fahaman) bebas.
  2. Bersifat atau ber­pandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

Pendek kata, liberal adalah perjuangan menuju kebebasan.

Liberalisme pula merujuk kepada falsafah politik atau pandangan dunia yang berasakan idea kebebasan dan kesamarataan.

Menurut The World Book Encyclopedia, istilah liberal ini masih dianggap samar-samar pada pengertiannya kerana pengertian dan perilaku ahlinya berubah dalam bentuk dan waktu yang tertentu.

Islam liberal merujuk kepada Islam yang meletakkan akal melebihi nas dan syarak.

 

Islam Memang Liberal

Jika kita berpegang kepada definisi literal atau umum di atas, jelas Islam memang liberal dalam konteks Islam membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia, syaitan, material dan lain-lain kepada perhambaan hanya kepada Allah s.w.t.

Bahkan, Islamlah juga agama yang membebaskan manusia daripada kezaliman, penindasan, syirik dan sebagainya. Islam tersebar luas asbab ia terbuka menerima pelbagai tamadun dan peradaban manusia selagimana tidak bercanggah dengan syariat. Betapa terbukanya Islam, ia tidak pernah membezakan antara manusia melainkan atas dasar takwa.

Jadi, sebelum barat berjaya membebaskan diri daripada kepompong gereja, Islam terlebih dahulu meraikan seluruh umat manusia dengan meletakkan hati, akal, wanita, kemanusiaan dan sebagainya pada martabat yang sepatutnya. Tidak diinjak atau dipijak.

Itupun, belum sempat kita membuka mulut memohon itu dan ini. Tidak perlu kita berjuang dengan keringat dan darah. Tanpa perlu kita pinta dan minta.

Ya, Islam sudah bersifat terbuka dan bertolak ansur. Namun apabila kita menambah perkataan liberal pada Islam, maka radius kebebasan dan keterbukaan seolah-olah diperluaskan lagi, tanpa batas sempadan.

Ia ibarat tindakan menyunting kandungan daasar agama Islam sesuka hati, tanpa hati-hati!

 

Penyelewengan Islam Liberal 

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, aliran Islam Liberal dikira menyeleweng kerana bercanggah dengan perkara fundamental dalam akidah dan syariah.

 

  ASPEK AKIDAH
  Penyelewengan Implikasi
1 Berpegang kepada Konsep Pluralisme

Konsep pluralisme menjadi pegangan utama aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

Berpandangan bahawa orang Islam boleh berkahwin dengan penganut agama lain.

Jadi umat Islam tidak boleh mendakwa bahawa agama Islam sahaja yang benar.

Umat Islam tidak perlu menghabiskan masa berdakwah dan boleh fokus kepada pembanguan dan kemajuan.

2

Akal Manusia Adalah Wahyu

Aliran ini membahagikan wahyu kepada dua kategori:

i. Wahyu bertulis: Al-Quran dan ia adalah teks semata-mata.

ii. Wahyu yang tidak bertulis: Akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan dan konteks suasana zaman.

Apabila berlaku pertembungan antara akal dan nas, maka akal didahulukan walaupun bertentangan dengan logik akal.

Menolak hadis.

3

Meragui Ketulenan al-Quran

Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu. Tambahan pula Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi pembawa risalah juga adalah orang Arab.

Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?
ASPEK SYARIAH
Penyelewengan Implikasi
1

Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran al-Quran dan Hadis

Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau metodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini.

 

Kebebasan mentafsirkan al-Quran mengikut akal serta tidak terikat dengan tafsir mufasir.
Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia.
2

Menggesa Tafsiran Baharu Konsep Ibadat

Aliran pemikiran ini juga berpegang kepada prinsip membuka dan membebaskan. Begitu juga dalam ibadah.

Sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
3

Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian

Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat nubuwah yang dimiliki oleh Rasululah S.A.W. dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value).