December 11, 2024
Fokus SOLUSI

Apabila Nabi Dihina…

Situasi

Seorang manusia teragung, dihina begitu dina. Pemilik Facebook AYEA YEA dan Danny A’antonio Jr, pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 serta seorang warga emas, Wai Foo Sing, 68 dituduh di mahkamah atas tuduhan menghina Rasulullah.

Bahkan lebih teruk daripada itu, ada juga orang Islam yang menghina susuk manusia terulung ini. Lagi-lagi pada era media sosial berada di hujung jari kini.

Apa respons umat Islam terhadap situasi ini?

Penghinaan yang menimpa Rasulullah s.a.w. ini bukanlah perkara baharu. Dari awal perjalanan dakwah dan kerasulan Baginda lagi, hidup Baginda tidak pernah sepi sunyi daripada penghinaan, serangan, cercaan, tuduhan tidak berasas dan sebagainya.

Baginda digelar tukang sihir, majnun dan penyair oleh penduduk musyrik Makkah. Allah, ingin menulis sahaja perkataan ini terasa malu dengan Baginda. Sangat tidak layak seorang Nabi seperti Baginda digelar demikian.

Mungkin kita merenung dan berfikir, kenapa ada insan yang menentang dakwah dan menghina Nabi? Sedangkan Baginda maksum. Tambahan pula, tiada nawaitu, percakapan atau tingkah laku Baginda yang berlaku disebabkan tersilap langkah. Tiada cacat dan cela.

Tiada!

Namun itulah sunnah berjuang. Di mana-mana ada perjuangan, mesti ada musuhnya. Sunnah berjuang juga, semakin hampir dengan kejayaan, pasti makin hebat pula cabaran.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?