November 4, 2024
Tentang Hati UMUM

Asap dan Adab

Anak saya merokok? Sukar untuk saya percayai! Sukar untuk saya terima bahawa anak yang selama ini dijaga rapi dan disayangi sepenuh hati melakukan satu perkara yang cukup saya benci!

Lebih perit lagi, ia merupakan hentaman yang cukup kuat buat seorang penulis dakwah seperti saya. Bayangkan, baru beberapa minggu sebelum itu, saya menuliskan satu artikel tentang bahaya rokok dan perlunya bergantung kepada Allah dalam usaha berhenti merokok. Tiba-tiba, ada yang menyampaikan berita bahawa anak saya merokok.

Subhanallah. Sungguh, saya terduduk!

TERJEBAK

Berkali-kali dia meminta maaf. Saya melihat wajah sugulnya itu dengan penuh kasih seorang ibu. Penuh sedar, anak remaja saya ini perlu dibantu. Penuh sedar bahawa ini adalah ujian dan saya mesti melepasinya dengan penuh kekuatan. Hakikatnya, anak kesayangan saya ini sedang berdepan ujian dan saya tidak boleh meninggalkannya terkapai-kapai keseorangan.

Lalu saya mencari jalan. Kes ini saya rujuk kepada sahabat saya, seorang doktor yang kebetulan ketika itu sedang mengikuti satu kursus khas untuk membantu para perokok berhenti.

“It’s a good sign! Dia ada niat nak berhenti, itu yang paling penting!”

Alhamdulillah, penerangan demi penerangan sahabat tadi membungakan harapan di hati. Saya nekad mahu lakukan apa-apa saja untuk membantu anak saya. Lalu bermulalah perjuangan kami bersama.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?